Ziarah di Madinah

Pagi Ahad, program ziarah telah diatur oleh Andalusia. Kami bertolak agak2 pukul 7 lepas sarapan. Mula2 ke masjid Quba. Masjid ini adalah masjid pertama dlm Islam didirikan selepas hijrah Nabi ke Madinah. Ianya adalah masjid yg dibina atas dasar taqwa.

Masjid Quba

Masjid Quba Masjid Quba Masjid Quba

Next stop .. ladang kurma. Kurma disini ada pelbagai jenis termasuk yang myself first time baru dengar. Yang biasa kita dengar, kurma ajwa (kurma Rasulullah) dan mariami. Yang pertama kali ku dengar ada kurma utk awet muda, utk tenaga lelaki dan wanita. Ku beli sedikit kurma lobana. Kata ustadz.. hancurkan kurma dan dicampur dgn madu dan susu. Tepek kat muka , boleh jadi ubat jerawat dan tegangkan kulit muka. Haa.. ni belum cuba lagi. Separuh yang kubeli tu dah masuk perut. Sedap, rasa kurma jugak tapi lebih dry dari kurma biasa tu. Saiznya sebesar kurma biasa, tapi luarnya nampak macam keras. Ramai orang had mistaken it for kacang.

..Ust berqasidah..

Menyusuri jalan menuju Jabal Uhud, Ustadz berqasidah. Mutawif2 ni memang suka berselawat dan berqasidah. Tapi yang paling sedap suaranya, Ustadz Idris (Boleh masuk akademi nasyid he..he). Kira berpuas hati dengan mutawif2 yang dilantik Andalusia ni. Ustadz lain yang sempat kenal, Ustadz Rif’at, Ustadz Yusuf dan Ustadz Ridhwan. Kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman serta mempunyai ilmu dalam membimbing jemaah.

Next Bukit Uhud. Bukit Uhud ni pada hari kiamat akan dikembalikan ke syurga. Kalau pernah membaca membaca tentang kisah perang Uhud, bagaimana Nabi tercedera dan syahidnya Saidina Hamzah, hati pasti terasa sayu. Penerangan yang diberi oleh mutawif juga sudah cukup menyentuh hati, apatah lagi apabila dia membacakan doa buat para syuhada. Penerangan kat bukit Uhud ni diberi oleh Ustadz Rif’at.

Selepas Jabal Uhud, kami dibawa ke kilang membuat Al-Quran. Kalau berniat nak wakaf quran ke masjid nabawi atau masjidil haram, belilah quran kat sini. Quran yang diwakafkan tanpa cap mohor diraja kerajaan Arab Saudi, besar kemungkinan akan dikeluarkan dari masjid.

Seterusnya, masjid Qiblatain dan yang terakhir pasar kurma.

masjid Qiblatain Ruang solat nisa\'

Madinah

Kami tiba di Madinah melepasi waktu asar. Bas membawa kami untuk melihat sebentar masjid di Bir Ali, miqat kami berniat ihram sebelum ke Tanah Suci Makkah. Kemudian bas mula menyusuri jalan2 bandar sehinggalah kelihatan menara Masjid Nabawi… “Subhanallah hi wa bihamdih”.

Hotel kami Hotel Al-Fayroz hanya 50 meter dari pintu pagar Masjid Nabawi, alhamdulillah. Orang2 di Madinah memang mesra, ramah serta helpful. Peniaga2 Arab disini memang pandai menggunakan bahasa melayu sewaktu berjual-beli. Pak Arab2 disini memang suka bila kita lalu atau singgah kat kedai dia. Kalau kita dari Malizi (Malaysialah tu), lagi dia suka. Agaknya orang kita memang banyak membeli di sana. (Tak termasuk saya ye..ahaks).

Orang Indon ramai disini. Kebanyakan mereka mencari rezeki di bumi berkah ini. Daripada mutawif2nya, hotel caterer, sampailah yg bekerja di cafe2 counter. Malah dalam masjid nabawi sendiri, pekerja2 yang membersihkan masjid pun ada orang Indon.

Cuaca di Madinah amat panas. Memang terasa bahangnya. Kalau keluar hotel untuk solat waktu zohor-asar tu, macam masuk dalam oven. Sehari tiba di Madinah, tonsilku bengkak. Tonsil ni memang sensitive sikit. Ingat lagi.. lepas subuh esoknya (hari) Sabtu aku belanja org lain makan aiskrim, tapi sendiri kena pantang. Masa keluar solat waktu zohor tu, memang tak tertahan rasanya tekakku. Bagai dihiris pisau sewaktu menghirup udara yg panas. Lepas asar tu ku ajak Tati ke farmasi. Di baginya antibiotic. Makan ubat, banyak minum air zam zam serta doa dan yakin, esoknya dah OK, alhamdullillah. Macam magik je. Allah punye magik.. keberkatan tanah haram Rasulullah. (Ketika di Makkah, aku ada terbaca dalam buku tulisan K.H.Ahmad Jamhuri bahawa di Makkah air zam zam itu sebagai ubat manakala di Madinah, debunya menjadi ubat.)

Bahagia di Madinah

Pertama kali solat di Masjid Nabawi waktu maghrib. Menuju ke pintu Nisa’ hati terasa berdebar. Pengawal pintu nisa’ memeriksa setiap yg masuk. Waktu maghrib-isya’ memang ramai. Tidak tahu bagaimana nak digambarkan perasaan ini sewaktu melangkah masuk pertama kali. Memang banyak kali dan begitu lazim didengar dari mereka yg pernah berkunjung, namun hanya Allah sahaja yg tahu bagaimana perasaan hati ini. Begitu indah masjid ini. Walau dalam kesibukan orang lalu-lalang mencari tempat, mahupun hiruk-pikuk anak2 kecil menangis di belakang, hati tetap terasa tenang dan bahagia.

4 hari 3 malam di Madinah terasa begitu bahagia. Singkat sungguh waktu ini. Tidak dapat ku gambarkan perasaan ini. Cukup indah bila berbicara dengan Tuhan, sungguh bahagia bila mengingati Rasulullah. Saya yakin perasaan ini bukan olok2. KakPah,. Jiranku yg dah pergi haji pun menceritakan begitu.. memang sukar nak digambarkan perasaan kita. Kehidupan, kekusutan atau masaalah seolah-olah tidak ada ketika beruzlah dengan Tuhan. Bercakap dengan-Nya seolah-olah berada hampir dengan-Nya. Masyaallah, terasa rindunya akan saat itu, terasa ingin kembali lagi ke sana.

Disini hidupku kosong,

Dari sibuknya urusan duniawi,

Yang ada hanyalah, Tuhan dan Rasul-Nya,

Sebelum ini ku-hanya takutkan neraka-Nya,

Kini ku mengharapkan rahmat dan syurga-Nya,

Bahagia terasa di tanah haram Rasul pilihan,

Ketika doa ku-panjatkan ke hadrat Ilahi,

Hilang sudah kini ketakutan,

Kiranya nafasku terhenti disana,

Ingin dibangunkan ditanah kekasih Allah,

Cinta Allah yang agung kini ku-kenali,

Moga tidak hilang dek kesibukan duniawi,

Ya Allah, kembalikanlah aku lagi ke tanah haram ini,

Redhalah akan diriku,

Merasakan lagi akan cinta kepada-Mu. Amin.. Amin ya Rabbal A’lamin

Sepanjang Perjalanan Menuju Madinah

Lepas passport-check, kami pergi collect luggage. Cuma tinggal beberapa kerat je drp group Andalusia yg masih terkial2 dgn bagasi ni. Yang lain dah tak kelihatan. Kami di inform Ustadz Idris (mutawif) dah menunggu di luar airport.

Masa kat KLIA ramai assistant yg menolak and mengangkat beg2. Kat sini semua kena buat sendiri. Terkial2lah kami nak menaikkan beg2 kami atas screening belt tu. Terkial2lah jugak kami nak menurukan barang ke atas troli. Nampak kami terhegeh2 dgn beg2 tu, custom officer tu bagi isyarat kat sorang budak, pekerja airport kot. Dengan lajunya dia capai semua beg kami dan susun atas troli, terus ditolak dengan laju. Terkejut kami! Eh..eh, mana dia nak bawak beg tu. Aku ngan Tati pun kejarlah budak tu. Tak terkejar.. Rupa-rupanya dia menyorong beg kami ke bas Andalusia yang dah sedia menunggu ditempat parking. Ustadz yg tunggu kat luar airport tu cakap bagi SR15 atau SR20 (riyal) je. Alamak! Duit pun tak tukar lagi. Sesampai kat budak tu, dia mintak SR200. Hah!! Merepek budak ni. Dia ni nak ambil kesempatan ni. Tati cakap kat budak tu SR10 saje. Dia tak nak pergi. Dia mintak lagi. Akhir cerita tawar-menawar, dia accept RM20. Ha.. kena hati2.

Dah settle beg kami masuk perut bas, barulah kami berlari balik ke dalam airport nak solat subuh.. takut habis waktu. Kat luar tu macam dah nak terang. Macam dah sejam subuh kita. Keluar airport, hari dah betul2 terang .. pukul 5 lebih, dekat2 pukul 6. (masa tu tak track sangat waktu disana.

Lama gak menunggu kat dalam bas. Rupa-rupanya ada yg hilang beg. Bila semua jemaah group dah ada atas bas, ustadz pun introduce diri dan bagi kata2 aluan pada kami. Jeddah ke Madinah jauh.Adalah 6 – 7 jam, tapi sebab kami berhenti makan dan solat jadilah hampir 9 jam journey ni. Hari tu hari Jumaat. Bas tu stop lama sikit utk solat Jumaat. Mula2 tu singgah kat Lulu Supermarket. (Tak tahulah kat mana tempatnya tu.) Kami turun bas beli biskut. Sekejap je.. lepas tu sambung lagi perjalanan.

Second stop kat Yaman Restaurant. Bukan di Yemen. Namanya je Yaman, tapi masih di Saudi. Makan ni, part of the package. Sedap !! Nasi Mandi dipanggilnya. Macam nasi briyani tapi tak terasa rempah atau bau2 rempah. Atas nasi tu ditonggok ayam panggang and ikan goreng, slices of zucchini, tomato and cili hijau or cili padi. Dapurnya tu open. Bila kita nak ambik gambar, dia punya seronok posing lagi dgn ikan goreng.

Sambung lagi perjalanan… singgah di masjid. Masa tu pukul 11.00. Zohor masuk 12.20. Yang lelaki ikut ustadz nak solat Jumaat. Yang nisa’(wanita) disuruh jama’ taqdim. Dalam separate area yang kami tak nampak jemaah lelakinya, kami bersiap sedia menunggu masuk waktu. Entah apa sebabnye ye, bila dengar azan melalui speaker dalam ruang solat, kami seolah2 sepakat itulah azan masuk waktu. Solatlah kami semua jama’ taqdim zohor-asar. Bila dah naik bas barulah ada org beritahu waktu kami solat tu belum lagi 12.20. Akhirnya ustadz suruh kami solat balik at next stop.

Next stop… solat balik and makan nasi mandi lagi. Waktu ni dah terasa begitu letih dgn panas petang yg begitu menyengat. Sudah hampir 24 jam kami berkelana.

Menjelang asar, akhirnya kami memasuki Madinah.. selawat dan salam dialun-alunkan.

“Ya Tuhanku, inilah tanah haram Rasulullah s.a.w, maka jadikanlah oleh-Mu akan dia (tanah haram) bagiku akan peliharaan drp api neraka & kesentosaan drp siksa & drp kejahatan hisab pada hari kiamat.”

Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw.