Makkah III

Sepanjang berada di Makkah, seleraku dgn makanan yg disediakan caterer kat hotel agak tumpul. Masaknya kurang kreatif compared to food served masa kat Al-Fayroz. Repetitious…aaaa.. tak yah complain lagi. Alhamdulillah sahaja. Saja dibuat gaya gitu, so kita ada chan nak cuba makanan kat luar tu (ahaks.. ni berbaik-sangka ke?!!). Roti arab, ayam panggang, macaroni bakar, cucurnya rasa macam wade (dhal), roti pita filled with veges, cucuq & fries (macam vegetarian, takde meat) .. these are some of foods yg dah lalu kat tekakku. Kat sini TAZA ada, KFC ada, pokoknya boleh cubalah apa2 nak makan.

Actually, this is the first time traveling without hubby and kids. For a housewife, who has never left the family for 14 years..apa rasa?!! First time berjalan tak yah tengok belakang. Rasa macam burung. Lagi plak berjalan dgn all-ladies, rasa macam zaman2 bujang dulu. Seronoknya.. at least for the first week. Masuk 3rd day kat Makkah, boleh tadah airmata ngan mangkuk…

Aku tak kucup hajar aswad. Kenapa ye? Mula2 tu takde niat nak kucup and … tak terdorong pun iya. Mungkin ada pernah dengar dari ustad, tak memberati kita orang perempuan gi meredah arus manusia tu. Tapi bila dah few days kat Makkah tu, terasa rugi pulak. Kalau org dulu2 berusaha nak mencium hajar aswad, tapi aku yg muda2 ni tak bersemangat pulak. Mak, makchu.. masa gi haji ke umrah dulu dah pernah kucup. Rugikan.. bila dah teringin, red light pulak.

Lepas dari gua Hira.. Sabtu & Ahadnya memang free. But petang Ahad tu ada ceramah lagi. Also masa tu diselesaikan siapa2 yang nak bayar fidyah or denda.

On Monday, there’s another ziarah to ladang unta, Hudaibiyah, and muzium. Ladang unta ni betul2 kat padang pasir. Susu diperah kat situ jugak. Aku sapu buih susu unta kat pipi (untuk licin muka..he..he). Surprisingly sejuk and tak melekit pun bila kering.

Lepas tu gi Hudaibiyah. Kat sinilah berlakunya perjanjian damai kaum Quraisy dengan Rasulullah yang membawa kepada pengembangan dakwah yang lebih luas. Akhirnya juga membawa kepada pembukaan kota Makkah.. terbayangkan visi dalam “Muhammad; the Last Messenger”.

Then we headed to the museum. Muzium dua tanah suci. Ustad Ridhwan lead us on a one round tour sekali dgn penerangan tentang bahan2 yang dipamerkan. We were back at Abeer before zohor.