Perihal Anak-Anakku
Semalam Umar pulang dari sekolah agamanya, terus mendapatkanku. Umar anakku yang kedua (darjah 6)…. Kawannya Aizat, baru sahaja meninggal dunia. Kanser tulang. Dia dan kawan-kawannya dari sekolah agama pergi melawat .. terus solat jenazah. (Rumah arwah Aizat tu tak jauh dari sekolah agama dan masjid).
Beberapa minggu sebelum itu, Umar dengan kawan-kawanya dah pergi melawat arwah kawannya tu. Masa tu, arwahnya baru dihantar pulang. Hospital dah tak boleh buat apa2. Hanya menunggu masa sahaja. Masa dia melawat tu.. Umar cerita, mereka datang jumpa ramai-ramai2, tapi tak tahu nak cakap apa- apa pada Aizat. Tapi, saya tahu hati anak saya sebak. Suaranya yang tertahan-tahan bercerita kepada saya dapat mencerminkan apa dalam hatinya. Mereka ni anak-anak lelaki. Walaupun tak pandai nak ekspresikan perasaan dalam bentuk kata2, namun hati mereka merasa.
Kepada keluarga Aizat, mudah-mudahan Allah swt memberikan kekuatan dan ketabahan. Al-Fatihah….
Sepetang itu, saya mangemas halaman rumah. Umar dan Yusuf ada bermain-main. Tiba-tiba, jiran sebelah yang baru pindah masuk, .. keluar nak mengangkat kain jemurannya. Pandanganku terhalang dek kain yang tersidai dibawah tingkapku. Mendengarkan dia keluar, aku pun segera mengangkat kain yang dah kering. Niatku nak berkenalan.
Dia tidak memandang, tapi aku terus menyapa.. “Tak kerja ke dik?” Dia memandang lalu senyum mengangguk. Aku balas, “Memang duduk rumah ye?? Baru kahwin ke?” Aku terus bertanya.
“Aha..”, Jawabnya senyum. “Orang mana?” Aku memancingnya untuk berborak. “Kelantan” jawabnya ringkas, terus dia pusing dan masuk ke dalam.
Hatiku berkata, “Mungkin dia terkejut kut.. tiba-tiba kita menyapanya..takpalah”.
Tiba-tiba Yusuf bertanya “Kenapa Umi cakap dengan dia.. dia kawan umi ke?”, Tanya anak kecilku. Terkejut jugak. Suaranya kuat, pasti didengar orang sebelah tu. “Saya menjawab dengan perlahan. “Kitakan manusia, kenalah kenal-kenal”. Anak kecilku tu terus mengomel,”Apalah orang tu .. nak balik aje”. “Tak cakap pun dengan kita”. Aku memandang abangnya Umar dan kami sama-sama tersenyum mendengar kata-kata Yusuf.
Begitulah al-kisah dua orang anakku.
Si abang dah menunjukkan kesensitifannya. Dan alhamdullilah menunjukkan sikap prihatinnya dengan menziarahi orang sakit.
Si adik pula menunjukkan dia faham bagaimana kita sepatutnya bergaul sesama manusia.
Alhamdulillah…. mudah-mudahan anak-anakku besar menjadi orang yang prihatin tentang apa yang berlaku sekeliling mereka.