Dah lama tak kemas bilik stor. Bilik yg jadi tempat sumbat paling mudah, dah mula jadi syurga “che’ ti”. Yang perlu buang, dibuang. Yg masih dipakai, simpan aje dulu. Yang boleh recycle, kumpulkan .. tunggu “apek paper lama”.
Dalam mengemas jumpa banyak benda yang menarik. Macam org bukak treasure chest. Teka-teki imam Al-Ghazali ni dari makalah ‘Tatapan Rohani SRA Kg.Sg.Kayu Ara’. Tak tahu lak macamana sampai kat rumah ni?!! Mungkin che abe yang bawak balik kot.. Apa-apa pun ilmu.. kita kongsi-kongsi, buat sapa2 yang singgah kat page ni.
SUATU HARI IMAM AL-GHAZALI BERKUMPUL DENGAN MURID-MURIDNYA LALU BELIAU BERTANYA (TEKA-TEKI)
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dgn diri kita di dunia ini?
Antara jawapan muridnya : orang tua, guru, teman, kaum kerabat.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dgn kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Ali Imran 185)
Nearest to us is DEATH because Allah has promised that each living soul will die.
Imam Ghazali : Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Antara jawapan muridnya : Negeri China, bulan, matahari, bintang2.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dgn ajaran Agama.
Furthest from us is OUR PAST because no matter how we are or in what we ride, we can never go back. Therefore we should lead our lives as Allah’s Will, today, tomorrow and the days to come.
Imam Ghazali : Apakah yang paling besar di dunia ini?
Antara jawapan muridnya : gunung, matahari, bumi.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Al-A’raf 179). Maka kita harus berhati2 dgn nafsu kita, jgn sampai nafsu kita membawa ke neraka. Apa yg ada harus disyukuri dan apa yg tiada tidak perlu dirisaukan.
Biggest in this world is our NAFSU (desire). We should be very careful with our nafs so as it will not take us to hell. Be thankful for what we have and not worry for what we don’t have.
Imam Ghazali : Apakah yang paling berat di dunia ini?
Antara jawapan muridnya : baja, besi, gajah.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Al-Ahzab 72). Tunbuh2an, binatang, gunung-ganang, dan para malaikat semuanya tidak mampu ketika Allah swt meminta mereka menjadi Khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dgn sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
The most heaviest in this world is TRUST that Allah has given us as a caliph in this world. We chose to take up this Trust which yet most of us betrayed and leads us to the hell.
Imam Ghazali : Apakah yang paling ringan di dunia ini?
Antara jawapan muridnya : Kapas, angin, debu, daun-daun.
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 sakit, letih, pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
The lighest thing to us is LEAVING SOLAT. We take it easy when it comes to solat when we’re sick or tired or doing anhything in this world.
Imam Ghazali : Apakah yang paling tajam di dunia ini?
Dengan serentak muridnya menjawab : Pedang.
Imam Ghazali : Jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
The sharpest in this world is our TONGUE. With our words we easily hurt others and our loved ones.