Ziarah di Madinah

Pagi Ahad, program ziarah telah diatur oleh Andalusia. Kami bertolak agak2 pukul 7 lepas sarapan. Mula2 ke masjid Quba. Masjid ini adalah masjid pertama dlm Islam didirikan selepas hijrah Nabi ke Madinah. Ianya adalah masjid yg dibina atas dasar taqwa.

Masjid Quba

Masjid Quba Masjid Quba Masjid Quba

Next stop .. ladang kurma. Kurma disini ada pelbagai jenis termasuk yang myself first time baru dengar. Yang biasa kita dengar, kurma ajwa (kurma Rasulullah) dan mariami. Yang pertama kali ku dengar ada kurma utk awet muda, utk tenaga lelaki dan wanita. Ku beli sedikit kurma lobana. Kata ustadz.. hancurkan kurma dan dicampur dgn madu dan susu. Tepek kat muka , boleh jadi ubat jerawat dan tegangkan kulit muka. Haa.. ni belum cuba lagi. Separuh yang kubeli tu dah masuk perut. Sedap, rasa kurma jugak tapi lebih dry dari kurma biasa tu. Saiznya sebesar kurma biasa, tapi luarnya nampak macam keras. Ramai orang had mistaken it for kacang.

..Ust berqasidah..

Menyusuri jalan menuju Jabal Uhud, Ustadz berqasidah. Mutawif2 ni memang suka berselawat dan berqasidah. Tapi yang paling sedap suaranya, Ustadz Idris (Boleh masuk akademi nasyid he..he). Kira berpuas hati dengan mutawif2 yang dilantik Andalusia ni. Ustadz lain yang sempat kenal, Ustadz Rif’at, Ustadz Yusuf dan Ustadz Ridhwan. Kebanyakkan mereka mempunyai pengalaman serta mempunyai ilmu dalam membimbing jemaah.

Next Bukit Uhud. Bukit Uhud ni pada hari kiamat akan dikembalikan ke syurga. Kalau pernah membaca membaca tentang kisah perang Uhud, bagaimana Nabi tercedera dan syahidnya Saidina Hamzah, hati pasti terasa sayu. Penerangan yang diberi oleh mutawif juga sudah cukup menyentuh hati, apatah lagi apabila dia membacakan doa buat para syuhada. Penerangan kat bukit Uhud ni diberi oleh Ustadz Rif’at.

Selepas Jabal Uhud, kami dibawa ke kilang membuat Al-Quran. Kalau berniat nak wakaf quran ke masjid nabawi atau masjidil haram, belilah quran kat sini. Quran yang diwakafkan tanpa cap mohor diraja kerajaan Arab Saudi, besar kemungkinan akan dikeluarkan dari masjid.

Seterusnya, masjid Qiblatain dan yang terakhir pasar kurma.

masjid Qiblatain Ruang solat nisa\'

No Comments

Leave a reply