Sampai Menyampai

Dah lebih sebulan balik dari umrah. Masa baru balik, rasa iman tu.. okeeyy je. Tapi laa ni.. rasa iman macam down aje. Gitulah rasa diri ni.

Kelas feqah 2 minggu sekali, dah kena tangguh pulak last week. Ustazah bersalin.. Haa tunggu lepas rayalah sambungnye. Kelas ngaji pun 2 kali seminggu tapi on Sunday. Masa tu pulak, anak2 ada yg tiusyen, ada yg kelas prep, ada pulak kelas taekwando. Sibuk betul manusia di zaman ini kan. Kekadang antara 2 kepentingan,… nak cari ilmu ke?!! Atau jenguk orangtua?!! Bila dah lama tak jenguk mak, kelas ngaji dikorbankan.

Tapi alhamdulillah, setiap kali jenguk ‘tingkap’ ada saja yang bagi tazkirah. Mudah2an dpt ketuk diri yg selalu terleka. Dari mamafami ke semilir angin berlayar sesekali ke yahoo group. Inilah yg sempatku jenguk selalu.

Terimakasih bebanyak pada org yg rajin2 sebar tazkirah. Mudah2an Allah catatkan sebagai amalan. Ni dari mamafami fotopages.

Bila Allah cepat makbulkan doamu

Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA lambat makbulkan doamu

Maka DIA ingin Mengujimu,

Bila DIA tidak makbulkan doamu

Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH

Dalam Apa Jua Keadaan Pun

…… Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Renungkanlah …..

Kongsikanlah……

Mungkin saat ini sahabat kita sedang bergembira kerana hajatnya dikabulkan,

Mungkinjuga, saat ini sahabat kita masih mengharap dari Tuhan-Nya

Atau mungkin juga, saat ini sahabat kita sedang bersedih

…..kerana hajatnya tidak kesampaian.

No Comments

Leave a reply