Meninggalkan Madinah

Pagi Isnin kami bertolak menuju Makkah. Sebelum tu kami telah dipesan ustadz supaya mengemaskan bagasi dan meletakkannya diluar bilik. Porter akan uruskan semua beg2. Wah! Baguskan servisnye.

Tapi sebenarnya ku anggap ni rezeki. Ada jugak terbaca dari internet, orang complaint pasal service Andalusia yang tidak memuaskan hati. Wallahualam. But I believe, service ni depends on hotel yang kita dapat. Kalau dapat hotel ada rating, Oklah. Klu dapat hotel chokia.. chokialah servisnye. Orang datang buat umrah sahaja saban tahun semakin ramai. Hotel kita dapat based on availability. I believe Andalusia mahupun mana2 agency will try to make the best arrangement for their customers. Tapi depa bukan tauke hotel. Bukan nak side sangat pada travel agency. Tapi memang kita tak boleh mengabaikan hak sebagai pengguna/pelanggan. Maklumat penting. Agency memang sepatutnya inform jemaah kesukaran2 atau kemungkinan2 yang akan berlaku yg tidak dlm kawalan mereka. Kami.. setakat Madinah ni OK, tip-top. Kat Makkah servisnya memang kurang sikit.

Solat subuh pagi Isnin tu last di masjid Nabawi. Sepatutnya kami melakukan ziarah wada’. Tapi masa tu bukan waktu ziarah, jadi kami hanya dapat menyampaikan salam terakhir di ruang solat nisa’ sahaja. Kami bergerak ke ruang nisa’ paling depan lepas selesai solat subuh. Pandangan blur aje. Sedih sangat nak meninggalkan Madinah ni.

Aku dah melangkah keluar pintu masjid bila toleh, Tati stop bersalam dgn makguard tu. Ye tak ye. Bagus adikku ni. Dia ada semangat ukhuwwah yang tinggi. (Ceh, puji sikit adikku ni). Patah balik. Aku pun nak salam mak guard tu. Mata masih blur, ku hulur tangan kat mak guard arab tu. Disambutnya terus dipeluk aku. “Umrah mabrur..insyaAllah”.. lebih kurang gitulah diulang2nya. Balik hotel, kami terus pergi breakfast kat dining hall. Pastu naik nak bereskan barang2 supaya tak tertinggal apa2.

Kami dah bersedia dgn pakaian ihram. Subuh tadi dah mandi sunat ihram. Sebenarnya bagi kami perempuan nampak biasa saje. Kami tak sarung telekung dulu sebab nanti nak berhenti makan on the way. Tak nak telekung comot. Lagipun baju dan tudung kami pakai dah cukup syarat kalau nak solat nanti.Yang lelakilah yang nampak berlainan sikit.

Kami bertolak dari hotel menuju Bir Ali. Bir Ali adalah miqat untuk berniat ihram bagi mereka yang datang dari Madinah. Solat sunat tahiyatul masjid dan solat sunat ihram dikerjakan di masjid Bir Ali. Kembali ke bas kami terus berniat ihram. Ustaz Daud Che Ngah dah pesan supaya berniat sebelum bas bergerak.

Dari sini bermulalah perjalanan kami menuju Makkah selama hampir 8 jam untuk menunaikan umrah.

Selawat yg mendayu2, membuat hati rasa sangat sayu

“Selamat tinggal Madinah, selamat tinggal Ya Rasulullah. Dengan izin Tuhan-mu, aku pasti akan kembali lagi“.

No Comments

Leave a reply