Makkah II
Umrahku hanya dapat tiga kali. Traffic light rosak. Red light menyala sebelum waktunya.
Second day, hari Selasa buat umrah lagi. Umrah first and second ni memang diatur Andalusia, jadi pergi ke Tanaim dgn bas Andalusialah. Lepas tu kena sendiri2lah pergi Tanaim untuk niat ihram. Boleh naik van, bas atau coaster. Bas ke van semua okey, taklah chokia. Tapi memang macam naik roller coaster. Ganas orang arab ni bawak. Bunyi hon tu memang kelazimanlah.
Third day, hari Rabu, program ziarah dibawa ke Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah dan akhirnya Ja’ranah. Tak panjat pun dua2 jabal.
Pass through Arafah, tempat melontar jamrah and a few more.. tak tangkap semua yg ustad cakap. Belum ngaji lagi bab haji sebab tu kurang familiar dgn cyclenya. Tapi pemandangan di khemah haji pada musim haji amat menakjubkan. Bumbung khemah yg tersusun bak tentera dalam barisan, seluas saujana mata memandang. Begitulah kita membayangkan lautan umat Islam pada musim haji di Arafah.
Kat Ja’ranah boleh berniat ihram tapi ramai daripada group kami tak buat umrah petang tu. Yang buat umrah petang tu, ada yang hampir pitam. Waktu paling baik buat umrah, pagi atau petang lepas asar. Malam okey gak, tapi itu waktu paling ramai orang buat tawaf dan saie.
Fourth day, hari Khamis, tiada program pagi tu. Lepas balik solat asar dah ada tanda red light. Masa tu memang harap tanda tu main2 je. Memang pernah jadi macam ni, bila letih and banyak sangat buat kerja. Petang tu ada ceramah oleh Ustadz Ahmad Jamhuri. Malamnya dah plan nak teman Tati buat first umrahnya. Tapi bila dah red light, makchulah yang temankan Tati. Mak balik sendirian lepas Isya’.
Next day tu, Friday.. pergi umrah. This would be my third ..and my last. Red light yang datang day before tu, tak muncul lagi malamnya. So was subuh. Dengan gembiranya, pagi tu solat subuh.. solat kat bilik je, sendirian. Yang lain dah pergi masjidilharam. Excitednya nak buat umrah lagi. This time, on our own. Plannya pagi tu nak naik coaster ke Tanaim. Bila turun ke lobi, Ustad Rif’at ada dibawah dalam pakaian ihram dengan groupnya.. group Qatar kalau tak silap. (Kami ni group Yaman). Ceritanya.. tumpanglah Ustadz Rif’at ‘cos Tati nak experience ‘guided’ umrah.. Terlepas experience naik coaster.
Ustadz Rif’at ni muda lagi. Pemalu sangat orangnya. Agak nya dulu ngaji kat Makkah. Banyak kali dengar makcik2 yang suka ngusik dia ni, tanya dah kawin ke belum. Hai nak buat menantu ke? Kesian tengok budak ni. Bila kena tanya macam ni, tersipu2 dia. Tapi jangan main2. Bab sampaikan ilmu, every detail memang jelas. Namanya jugak unik. Jarang kita dengar. Orang lain asyik sebut namanya Ustad Ifrad. Ni mesti dok ingat masa belajar kat sekolah dulu pasal bab haji ifrad. (Takde lak tangkap gambar dia. Ada makcik2 nak buat menantu?.. ahaks) Okeylah, tutup cerita pasal ustadz ni.
Tengahari tu nak gi zohor.. ada balik dia ‘kawan’ tu. Bukan banyak. Sikit je. Ha, tidolah waktu depa gi solat. Lunch lepas zohor minta mak ta-pau kan dari dining hall. (Down-hearted). Tahlil arwah petang tu pun tak pergi. Betul macam orang frust. Petang tu asyik dok ngadap doa (berhenti haid) dalam buku guide Ustadz Daud Che Ngah. Ingatkan nak cancel je trip ke Gua Hira malamnya. Balik mak dari tahlil kata dah bayarkan untuk semua. Mood takde, tapi segan nak cakap mak kita letih. Mak semangat sangat. Makku dah 73 tahun! Ooi, buck-uplah. Malam nanti gi Gua Hira!





Salam kekanda,
No komen, cuma rasa jika diizinkan Allah nak panjat lg Gua Hira’… Dlm mjlh Anis bln july baru ni, Ustaz Andi antara mutawwif part time andalus, inform pendakian terakhir sblm ini, adlh seorang jemaah yg berusia 70 thn. Haaa, mak kita lah tu!!! Knp lah tak dimasukkan nama… hehe.
Salam maksu come lote,
Laa.. Nama bondaku tak masuk?!! Nama kite lagi takde bintang…