Makkah I

Perjalanan ke Makkah agak-agak 8 jam. Di awal perjalanan kami bertalbiah dan berselawat untuk beberapa ketika. Kemudian disuruh tidur dan berehat. Kami stop sekali di Yaman Restaurant utk makan dan solat jama’ taqdim.

Lebih kurang pukul 4 lebih kami memasuki kota Makkah. Bas menyusuri kota Makkah yang berbukit dan sesak dengan kenderaan. Banyak laluan ditutup waktu time solat. Bas terpaksa berpusing mencari laluan lain menuju ke hotel. Dari atas bas dah nampak ramai orang penuh di jalanraya. Later, baruku tahu, itulah jalan menuju masjidilharam. Dari tempat bas parking, kami berjalan sikit, then.. ta..da.. dah sampai hotel kami, Abeer Garden. Abeer sahajalah, “gardennya” entah hilang kemana. (Ahaks, ini gurau ahli jemaah) Tapi, not too bad sangatlah hotelnya. Kira masih OK lagi. 250 meters dari masjidilharam. Ada group yang dapat lagi jauh dari tu.

Waktu kami tiba, ada group yang dah nak balik. Memang sesak betul lobi tu dengan orang dan beg2nya. En.Mohamad was the man in-charge. Dia ni orang Malaysia kot. Slangnya utara. Dia ni memang very helpful. Kalau kita ada problem kat hotel tu, memang dia akan bantu. Tapi beg kena angkat sendiri.

Dah dapat kunci bilik, kami disuruh refresh ourselves and buat sujud syukur di bilik. Kemudian disuruh kumpul balik di lobi, then pergi ke masjidil haram untuk melaksanakan umrah. Kami berjalan kaki dari hotel menuju masjidilharam. Lebih kurang 150 meters, masjidilharam kelihatan di kejauhan.

Alhamdulillah, terimakasih. Ya Allah. Terimakasih kerana Engkau izinkan aku menjejakkan kakiku ke Rumah-Mu.

Kaabah.. akhirnya aku berdiri menghadapnya. Bermula dengan doa melihat kaabah, kami tawaf mengelilingi Baitullah 7 kali. Kemudian solat sunat di belakang maqam Ibrahim, then minum air zam zam. Seterusnya, bersaie antara bukit Safa dan Marwah. Ustadz yang lead semuanya. Tempat saie ni 2 tingkat. First saie ni, ustadz bawak tingkat atas. Tak ramai orang. 2nd umrah ustaz bawa bersaie di tingkat bawah. Waktu saie tu, risau juga akan mak. Tapi alhamdulillah, dia sikit pun tak slag behind. Kagum melihat semangat mak.

Mungkin agaknya keletihan, first umrah ni aku hanya ikut ustadz je. Tak track pun setiap pergerakan. Finally, at Bukit Marwah, saie pun complete. Ustadz bacakan doa dan kami pun help each other bergunting. Alhamdulillah…. selesai sudah umrahku yang pertama.

No Comments

Leave a reply