Hari2 Terakhir & Tawaf Wida
Malam Isnin tu lepas dinner, Ustaz Ridhwan bagi ceramah on tawaf wida. By this time I was really very2 sad. Sedih sangat. Hanya satu hari lagi yang ada kemungkinan boleh buat umrah. Sedih tapi mesti redha. Mesti bersangka-baik dengan Allah.
Namun aku masih menaruh harapan. Aku masih ada masa. Dalam masa tu, terus aje doa dan terus2 doa dan harap.
Tuesday, second last day, masih belum boleh lagi. Tati nak buat last umrah.. her fourth. Dia pun dah banyak missed sebab period. Mak nak buat last minute shopping. So mak tak nak ikut. Makchu masih tak berapa sihat. So it’s just me and Tati. Teman kan dia ke Tanaim. Sendiri tak dapat buat umrah. But at least merasa jugak naik coaster. Keluar dari masjid di Tanaim, terserempak dengan ustaz Idris. Dia lawe naik bas Andalusia, bawak group baru. So balik naik bas Ustadz Idris.
Rabu, hari terakhir. Alhamdulillah .. Allah mengkabulkan doa ku. Akhirnya boleh solat. subuh then tunggu yang lain balik dari masjidilharam. By this time, all the bags are lined out in front of our room. Breakfast, then kami berempat menuju ke Masjidilharam.
(First row dari kanan - mak, Sarah, mak Sarah, mama comel {perasan}, makChu, Ina, mak sedara Ina.. Selepas umrah ke-2 - picture kamera Sarah)
Ya Allah… terimakasih Ya Allah kerana Engkau izinkan aku menjejakkan kakiku sekali lagi disini, Ya Allah. Betapa berharganya peluang yang diberi Allah ini.. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
Ya Allah, kuberdoa di multazam ini, kugoreskan doaku di atas lantai ini, dihadapan rumah-Mu Ya-Allah. Terimalah dan kabulkanlah doa-doaku.
Selamat tinggal Makkah. Selamat tinggal Madinah. Dengan izin Tuhan, ku pasti kembali…




