Gua Hira
Malam tu lepas dinner, dalam pukul 10 lebih, berkumpullah kat lobi yang nak pergi. Tak berapa ramai. 3 van je, campur2 dengan group lain pun ada.
Budak arab tu bawak van macam nak terbang kepala rasanya. Adalah dalam 15 ke 20 minit melalui jalan bandar yang sibuk, kami sampai kat satu simpang. Kiri kanannya rumah2. I was expecting kami akan sampai satu kawasan padang pasir atau bukit2 batu. Rupanya tak gitu. Jalan nak naik tu sempit and sooo… curam. Rasa2 macam nak terbalik van tu. Adalah 5 minit mendaki antara celah2 rumah tu, van tu pun berhenti. Stop aje van, lampu rumah sebelah tu menyala. Bukan rumah.. kedai rupanya. Kat sini beli air and tongkat. Mak beli tongkat.
Gelap malam tak lah pekat sangat. Taklah teraba-raba waktu memanjat. Mungkin jauh dari bandar & cahaya lampu. Mmg mula2 tengok bukit tu, rasa mcm 50-50 aje. Boleh ke nak bawak mak ni????…. Tapi tak cakap kat mak, takut kecik hati plak nanti. Bila semua tiga2 van dah sampai, ustaz bagi briefing - Jalan curam. Naik pelan2. Jgn terlalu semangat. Jgn berdiri tegak tiba2, takut pening & mungkin jatuh. Jaga adab & jangan berkata yg tak elok. Kalau tak larat patah balik. Ada ustaz lain tunggu kat bawah - Ustaz kata paling cepat naik 1/2 jam. Kalau nak turun cepat, 5 minit blh sampai.. terjun saje, esok dihantar ke Maala (perkuburan). Lawaklah ni. Kami berempat took 45 minit before we reached to the top. Eh! Bukan kami saje.. plus a few more
Hai, kat Malaysia tak pernah buat kerja macam ni. Mountain climbing tak pernah. Rock climbing pun tak pernah. Aku watch-over makchu, Tati jaga mak. Laju jugak mak memanjat. Risau sangat tengoknya. Tapi Tati memang berjaga kat belakang mak. Makchu agak takut2 mula2.. gayat. After a while, she seems more confident. I was at her tail kekadang. Ada masa tu lead dia.
Alhamdulillah. Sampai jugak akhirnya kat atas. Itulah dia jalan2 yang dilalui Rasulullah, juga Siti Khadijah. Sampai kat atas, kami kena lalui celahan gua yang begitu sempit and gelap. Tawakal aje masuk melalui celahan tu. Tak nak fikir atau bayangkan apa2. Guna lights dari hand-phone untuk suluh. Digua nabi beruzlah boleh solat sunat. Kami sekadar meng’amin’kan doa sahaja. Sampai pun dah lewat. Kamera hand-phone Tati takde flash, so takdelah gambar. Cuma dapat ambil gambar kota Makkah dan masjidilharam dari sini.
Agak2 pukul 3.00 pagi, kami sampai balik ke hotel.
TABIK! Buat mak and makchu.
Balik dari gua hira.. red light yg petang tu sikit2 je, dah mengesahkan dia bukan main2. Terpaksalah terima hakikat. Redha dan sabar menunggu green light. Yang lain, subuh kat bilik. Nasib baik tak kesiangan!


Alhamdulillah berjaya juga mendaki gua Hira’ ya.
p/s : Silalah berkongsi tazkirah di page mama tu ya…memang untuk dikongsi bersama pun..