Lepas 2 minggu sekolah bukak..

Lega dah hati ni. Ucop pegi tadika tak nangis lagi dah. Seronok dah dia gi sekolah. Ucop memang selalunya the early bird. Tak susah bangun pagi. Tak macam abang2. Liat.. Harap sampai ke besarlah senang nak bangkit.

Ni abang Umar first day at SAMER. Walid dpt call pagi Monday, second week sekolah. Hari Rabunya pendaftaran. Ha.. umilah yang berkejar sana sini mencari brg keperluan sekolahnya. Umi takde pengalaman anak masuk asrama. Umarlah yg first. Bingung jugak kite dibuatnya. Selasa malam tu, pukul 2 pagi baru dapat landing.

Jemput-jemput, cekodok, cucoq

Jemput-jemput, maknanya jemput bancuhan tepung dgn hujung jari. Masa mula2 belajar masak kecik2 dulu takut guna tangan. Guna sudu .. taklah molek rupanya macam guna tangan. Tapi janji sedap. Masuk perut senang hati. Mudah disediakan dan antara sarapan popular keturunan mama. Maktok suka, maklong suka, cucu2 pun suka. Cekodok kalau diletak kat meja memang laju je jalannya. Kita kat dapur tak habis goreng lagi, yg hidang kat meja dah hilang. Tu kalau mama kecik2 dulu, sambil goreng, dok tepi dapur, sambil makan.. cicah dgn sos, panas2.

Ada kawan ajar, aduk tepung guna air panas. Ada pulak, campurkan nasi sejuk yang diblend halus. Adik pulak, masukkan lebihan french fries.

Mama suka masukkan diced potato dlm jemput2 ni. Potatoesnya jgn lebih byk dari tepung. Nanti bukan jadi jemput2. Jadi begedil pulak. Masuk udang, bawang dihiris, daun sup atau daun bawang kalau ada and sikit cili giling. Tambah sebiji dua telur, bagi lembut.

Kalau tak guna udang, ikan bilis pun boleh. Tapi ikan bilis biar yg ada rasa. (Yg kureng sikit tu, biasanya yang dah siap kopek, dah takde rasa. Liat pulak tu.) Ikan bilis ditumbuk dengan bawang, sebelum digaul dgn bancuhan tepung. Goreng dan hidang panas2 dgn sos cili.

Sembelihan Cara Islam: Ihsan dalam Islam

Kali ni mama nak ketengahkan artikel yang sempat mama baca daripada buletin “Suara Masjid” Edisi Khas Idul Adha 1429H.

Few years back, mama pergi surau nak tengok org aqiqah kambing. Seblm tu tak pernah tengok org sembelih binatang. Bila dibaringkan kambing kat lubang yg digali tu, hati kita dah jadi luluh. Terus pergi, tak nak tengok. Hati lemah.. nak kena suntik pun mama paling kepala tempat lain, inikan nak tengok orang sembelih binatang. Orang dulu2 kata, kalau timbul rasa kasihan kat binatang tu kita tak boleh makan. Yang ni mama tak pulak selidik betul ke tidak.

Lepas baca artikel ni, baru kita tahu hikmah kaedah penyembelihan dalam Islam. Lepas ni kalau mama sendiri yang buat qurban, kena doa byk2 supaya Allah kuatkan hati tengok ibadah kita dilaksanakan. Dgn pengetahuan ini, mudah2an hati kita akan jadi lebih kuat nak mengadap org melaksanakan sembelihan.

Khutbah pagi raya haji tu mengingatkan kita kembali tentang kisah Nabi Ibrahim diperintahkan Allah menyembelih puteranya Nabi Ismail. Walaupun kerinduan baru terubat bertemu Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail, tiba2 diperintahkan pula Allah untuk menyembelih puteranya itu. Namun keimanan yang kental, Nabi Ibrahim, bahkan Nabi Ismail juga merelakan dirinya dijadikan qurban. Begitu kentalnya iman para nabi dlm melaksanakan perintah Allah SWT.

Raya Senin hari tu, tak tengok pun orang sembelih, sebabnya orang perempuan semua dah sibuk kat dapur surau nak siapkan bahan2 nak masak daging sembelihan. Mama petik sebahagian saja dari artikel tu yang disusun oleh Ust. Syarifah Khairiah Syed Abu Bakar.

KEBAIKAN KAEDAH PENYEMBELIHAN MENGIKUT KAJIAN SAINTIFIK

Kaedah penyembelihan dalam Islam yang dianggap ganas dan tidak berperikemanusiaan telah dipatahkan oleh saintis Barat, Profesor Wilhem Schulze dan Dr.Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman.
Dua kaedah dikaji.
1) Pertama: sembelihan mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas memotong urat leher dan
2) Yang kedua: kaedah kejutan pneumatic (menembak bola besi ke otak lembu diikuti dgn mengenakan tekanan udara tinggi)

Dalam penyelidikan ini, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung haiwan ketika kedua2 proses dilaksanakan.

Hasil ujian mengikut kaedah Islam,
1) 3 saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf, sama spt sebelum penyembelihan. Keadaan ini membayangkan bhw haiwan itu tidak berasa sebrg kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher.
2) Utk 3 saat kedua, EEg mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan byk darah mengalir keluar dr badan.
3) Slps 6 saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasa sebarang kesakitan.

Ketika EEG itu jatuh keparas sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dpt bergerak (seolah2 mengelupur) akibat tindakbalas drp saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yg selamat utk dimakan.

Didalam Islam, kaedah peyembelihan telahpun dinyatakan didlm Al-Quran dan juga diajar oleh Rasulullah SAW. Hadis diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku ihsan dlm semua perkara. Apabila kamu membunuh maka perelokkan pembunuhan, apabila kamu menyembelih maka perelokkan sembelihan, hendaklah penyembelih itu menajamkan mata alat sembelihannya dan rehatkanlah binatang sembelihannya.”

Hakikatnya semua kajian yg dijlnkan memberi gambaran dan jwpan jelas kpd aktivis hak asasi Barat bhw penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yg terbaik bukan saja utk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kpd manusia.

Kaedah perincian sembelihan dalam Islam boleh dibaca dalam byk web, antaranya Islam Online.

Membaca artikel ini juga membawa fikiran mama kpd kaedah hukuman pancung yg dilaksanakan dinegara2 spt Arab Saudi. Juga petikan dari internet tentang hukuman yg dijlnkan keatas pengebom bali. Nak elaborate lebih.. he..he tak berani. Mama bukan org yg ada ilmu tentang ni tapi teme’ ambo ada cite skit kat blog makannasi pasal ni.

Mmg benar byk perkara dlm dunia ni tak boleh dinilai dgn mata kasar. Seperti juga pandangan mata kasar mama.. dulu timbul rasa kasihan apabila tengok haiwan sembelihan mengelupur. Eh.. tapi jgn hilang rasa belas. Rasa belas itu masih perlu ada dlm jiwa mukmin spt nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam.

Senyum-senyum Majlis Berkhatan

Tahun ni dua anak mama berkhatan. Selamat masuk ke alam dewasa!! Hari2 sebelum “hari besar”, masing2 begitu excited. Macam2 cerita dikongsi abang2 yang dah kena sunat nih. He.. he.. Suspen je bakal2 kena potong ni..

17 orang semuanya anak2 qariah surau Al-Furqan menjalani proses berkhatan ni di Surau Al-Furqan. Ruang solat perempuan di naikkkan tirai dijadikan ruang operasi berkhatan.

Senyum2 semuanya terjun masuk kolam.. berendam.. nak bagi lembut urat2.

Tengok anak2 sengih2 tunggu giliran, mama pun releks jelah. Bila tiba giliran anak2 tiba mama pun jadi suspen. Memang mama sendiri kalau nak kena injection, mesti paling muka tak nak tengok. Tapi demi anak2 ni kenalah kuatkan hati. Kalau bukan sebab walidnya kena kerja, pasti bukan umi yang menemankan mereka berdua ni bersunat.

Meleleh jugak airmata anak mama yg kecik tu sebab takut.

Ha.. Balik rumah.. kurang dua hero beraksi. Amann.. sekejap. Yang tentunya, mamalah yang penat kena jaga dua hero tumbang. He.. he

Link Belia Sentosa

Sabr or Shukr – The Worry Stops Here

AS we travel through life, we find ourselves in one of two situations. Either something good is happening in our lives, in which case as Muslims our role is to thank Allah for the blessing, or something bad or something we dislike is happening to us, and our role then is to be patient. This is the formula for a happy life, a life cruising towards earning the pleasure of Allah. Sabr (patience) or Shukr (gratitude), the worry stops here.

The Messenger of Allah (peace be upon him) said:

“Strange is the affair of the believer. Verily, all his affairs are good for him. If something pleasing befalls him, he thanks (Allah) and it becomes better for him. And if something harmful befalls him he is patient (Saabir) and it becomes better for him. And this is only for the believer.” (Saheeh Muslim)

Ibn Al-Jawzi said, “If this world was not a station of tests it would not be filled with sicknesses and filth. If life were not about hardship, then the prophets and the pious would have lived the most comfortable of lives. Nay, Adam suffered test after test until he left the world. Nuh cried for 300 years. Ibrahim was thrown into a pit of fire and later told to slaughter his son. Ya’qub cried until he became blind. Musa challenged Pharaoh and was tested by his people. ‘Isa had no provision except the morsels his disciples provided him with. And Muhammad (peace be upon him) met poverty with patience as his uncle, one of the most beloved relatives to him, was slain and mutilated, and his people disbelieved in him … and the list of prophets and the pious goes on and on.”

What happens to us happens by the will of Allah. It is a pillar of our Iman that we believe in Qada’a and Qadr, and that we are pleased with Allah’s choice. Good or seemingly bad, it is the test of this world. How can we imagine that we shall not be tested when those who were better than us suffered?

Al-Hasan Ibn Arafah narrated that he visited Imam Ahmad Bin Hanbal after he was whipped and tortured by the Khalifa for not budging from the truth (the Khalifa insisted that the Qur’an was created, while the truth is that the Qur’an is the word of Allah, His speech).

He said to him, “O Abu Abdllah, you have reached the station of the Prophets!”

He said, “Keep quiet. Verily, I saw nothing more than people selling their Deen and I saw scholars who were with me, sell their faith. So I said to myself, ‘Who am I, what am I? What am I going to say to Allah tomorrow when I stand in front of Him and He asks me, ‘Did you sell your Deen like the others did?’”

He continued, “So I looked at the whip and the sword and chose them. And I said, ‘If I die, I shall return to Allah and say that I was told to say that one of Your Attributes was something created but I did not say. “After that, it will be up to Him - either to punish me or be Merciful to me.”

Al-Hasan Bin Arafah then asked, “Did you feel pain when they whipped you?”

He said, “Yes, I felt the pain up to 20 lashes then I lost all feeling (They whipped him over 80 times). After it was over I felt no pain and that day I prayed Dhuhr standing.”

Al-Hasan Bin Arafah started weeping when he heard what had happened. Imam Ahmad questioned him, “Why are you crying? I did not lose my Iman. After that why should I care if I lose my life?”

These people were better than us, but this was how they were tested.

· Much of what befalls us is the direct result of our own sins. Allah:

“And whatever of misfortune befalls you, it is because of what your hands have earned. And He pardons much.” (Qur’an, 42:30)

Muhammad Bin Sireen used to say when his debts piled up and he felt sad, “I know that the cause of this sadness is a sin I committed over 40 years ago.”

· People understand that when something bad happens it is a test from Allah. But even the good things that happen to us are a test. Allah says:

“And We tried them with good (blessings) and evil (calamities) in order that they might turn (to Allah’s Obedience).” (Qur’an, 7:168)

Abdul Malik Bin Ishaq said, “There is no one that is not tested with health and prosperity to measure how thankful he is.”

· Patience must be observed from the beginning, and there are things that contradict patience like tearing ones shirt, slapping ones face, and cursing and wailing.

Umm Salamah narrates that she heard the Messenger of Allah (peace be upon him) say:

“Any Muslim who says when a calamity befalls him that which Allah commanded him: ‘To Allah we belong and to him we return. O Allah reward me in this calamity and give me better than it’ - Allah will grant him better than (that which he lost).” (Sahih Muslim)

· The hardships that befall us distinguish the true believers from the insincere ones. Shumayt Bin Ajlaan said, “The pious and the ungrateful are hidden by health, when calamities befall the two men are separated (by how they react).”

Allah asks in the Qur’an:

“Do people think that they will be left alone because they say: “We believe,” and will not be tested. And We indeed tested those who were before them…” (Qur’an, 29:2-3).

Allah’s glad tidings for the patient ones:

And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits, but give glad tidings to As-Sabirin (the patient ones, etc.).

Who, when afflicted with calamity, say: “Truly! To Allah we belong and truly, to Him we shall return.”

“They are those on whom are the Salawat (blessings) (i.e. who are blessed and will be forgiven) from their Lord, and (they are those who) receive His Mercy, and it is they who are the guided-ones.” (Qur’an, 2:155-157)

Key to patience

Always remember we are on a journey and the destination is the Hereafter - Paradise or Hell. We shall be leaving the world behind us and we will return back to Allah. This is what needs our focus. If Allah is pleased with us then no worry. If He is not pleased with us then all worry.

Types of Patience

Patience in the obedience of Allah. For example, one must be patient and perform their Fajr Salah regularly at its appointed time.

Patience in not disobeying Allah. Leaving sins and being consistent in avoiding them.

Patience in what Allah decrees for us. For example, if our child was to pass away we should be patient and seek the reward of Allah in our patience and say only that which is pleasing to Allah.

Rabbi zidni ‘ilma

Passed to others what you learn today and  May Allah blessed you with more tomorrow.

Program Korban Muslim Aid

Salam semua,

Tak lama dah nak raya haji. Tentu ada yang dah berniat nak buat ibadah korban. Muslim Aid ada anjurkan program korban “jarak jauh”. Nak tau lebih baca kat sini yer.

Kalau nak borang pun boleh download terus kat sini pula

Benarkah Tuhan itu ada?

Beriman bahwa Tuhan itu ada adalah iman yang paling utama. Jika seseorang sudah tidak percaya bahwa Tuhan itu ada, maka sesungguhnya orang itu dalam kesesatan yang nyata.

Benarkah Tuhan itu ada? Kita tidak pernah melihat Tuhan. Kita juga tidak pernah bercakap-cakap dengan Tuhan. Oleh itu, tidak hairanlah jika orang-orang atheist menganggap Tuhan itu tidak ada. Cuma khayalan orang belaka.

Ada kisah zaman dulu tentang orang atheist yang tidak percaya dengan Tuhan. Dia mengajak berdebat seorang alim mengenai ada atau tidak adanya Tuhan. Di antara pertanyaannya adalah: “Benarkah Tuhan itu ada” dan “Jika ada, di manakah Tuhan itu?”

Ketika orang atheist itu menunggu bersama para penduduk di kampung tersebut, orang alim itu belum juga datang. Ketika orang atheist dan para penduduk berfikir bahwa orang alim itu tidak akan datang, barulah muncul orang alim tersebut.

“Maaf jika anda menunggu lama. Oleh kerana hujan turun deras, maka sungai menjadi banjir, sehingga jambatannya hanyut dan saya tak boleh menyeberang. Alhamdulillah tiba-tiba ada sebatang pohon yang tumbang. Kemudian, pohon tersebut terpotong-potong ranting dan dahannya dengan sendirinya, sehingga jadi satu batang yang lurus, hingga akhirnya menjadi perahu. Setelah itu, barulah saya dapat menyeberangi sungai dengan perahu tersebut.” Begitu orang alim itu berkata.

Si Atheist dan juga para penduduk kampung tertawa terbahak-bahak. Dia berkata kepada orang ramai, “Orang alim ini sudah gila rupanya. Mana mungkin pohon boleh jadi perahu dengan sendirinya. Mana boleh perahu jadi dengan sendirinya tanpa ada yang membuatnya!” Orang ramai pun tertawa riuh.

Setelah tawa agak reda, orang alim pun berkata, “Jika anda percaya bahwa perahu tak mungkin ada tanpa ada pembuatnya, bagaimana anda percaya bahawa bumi, langit, dan seisinya boleh ada tanpa penciptanya? Mana yang lebih sulit, membuat perahu, atau menciptakan bumi, langit, dan seisinya ini?”

Mendengar perkataan orang alim tersebut, akhirnya mereka sedar bahwa mereka telah terjebak oleh pernyataan mereka sendiri.

“Kalau begitu, jawab pertanyaanku yang kedua,” kata si Atheist. “Jika Tuhan itu ada, mengapa dia tidak kelihatan. Di mana Tuhan itu berada?” Orang atheist itu berpendapat, oleh kerana dia tidak pernah melihat Tuhan, maka Tuhan itu tidak ada.

Orang alim itu kemudian menampar pipi si atheist dengan keras, sehingga si atheist merasa kesakitan.

“Kenapa anda memukul saya? Sakit sekali.” Begitu si Atheist mengaduh.

Si Alim bertanya, “Ah mana ada sakit. Saya tidak melihat sakit. Di mana sakitnya?”

“Ini sakitnya di sini,” si Atheist menunjuk-nunjuk pipinya.

“Tidak, saya tidak melihat sakit. Apakah para hadirin melihat sakitnya?” Si Alim bertanya ke orang banyak.

Orang banyak berkata, “Tidak!”

“Nah, walaupun kita tidak dapat melihat sakit, bukan bermakna sakit itu tidak ada. Begitu juga Tuhan. Oleh kerana kita tidak dapat melihat Tuhan, bukan bererti Tuhan itu tidak ada. Tuhan ada. Walaupun kita tidak dapat melihatNya, tapi kita boleh merasakan ciptaannya.” Demikian si Alim berkata.

Sederhana memang pembuktian orang alim tersebut. Tapi pernyataan bahwa Tuhan itu tidak ada hanya kerana panca indera manusia tidak boleh mengetahui keberadaan Tuhan adalah pernyataan yang keliru.

Sesungguhnya bagi orang-orang yang memikirkan tentang alam ini, insyaAllah akan yakin bahwa Tuhan itu ada!!

“Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.” [Ar Ra’d:2]

“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” [Ali Imran:191]

AMALAN YANG BAIK

Ceramah kat surau sempena sambutan raya disampaikan Ustaz Syukri. Bagus penyampaiannya. Sangat berkesan di hati. Antaranya ibu-ibu dipesan supaya membaca hadith kepada anak2 kita.

Pertama cintakan Allah.

Kedua cintakan Rasulullah.

Banyak hadith2 memperlihatkan amalan Rasulullah saw. Sebaiknya cuba kita terapkan dlm kehidupan kita dan didik anak2 kita sekali utk mengamalkan sunnah Rasulullah. Sunnah nabi ini memperlihatkan kepada kita akan ketinggian akhlak Rasulullah saw. Mudah2an kecintaan kita terhadapnya akan bertambah.

1. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi.

2. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


3. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


4. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


5. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


6. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari, telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 ATAU 5 jari kecuali ada keperluan

7. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


8. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


9. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

10. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

11. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

12. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindunganNYA) - Bukhari

13. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

14. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) - Bukhari

15. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

16. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - Bukhari

17. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

18. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

19. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

20. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

21. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu Dawud

22. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar.

23. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


Baca dan jadikan amalan serta sampaikan pada yang lain.

Pulut Kuning utk Walid

Pulut kuning utk che abe. Hepi b’day yg ke xx (rahsia.. tak leh gi tahu, nanti mare). Dlm masyarakat Melayu, masak pulut kuning tanda meraikan acaranya. Kenduri kawin pun ada, cukur jambul pun ada, khatam quran pun ada. Anak kita berkhatan pun ada. Adat ni tak salah asal tak kait dgn kepercayaan karut marut i.e. kalau tak buat nanti timbul bencana ke ape…

Dalam meraikan perkara2 yg menggembirakan ini, kita seringkali, lupa utk memanjatkan kesyukuran kepada Yang menganugerahinya. Makna sebenar kesyukuran tidak dihayati. Seringkali kita lupa drp mana dtgnya nikmat yg kita kecapi. Bukan tak ingat. Kekadang terlalai. Sifat manusia memang sentiasa lupa dan lalai. Dlm setengah saat shj kita mampu terpesong dari niat kita yg asal. Tentu pernah.. Sebelum angkat takbir, kita dah kosongkan hati , tetiba … hmmm..fahamkann.

Syukur sebenarnya adalah rasa rendah diri terhadap Pencipta kita, merasakan apa yg kita terima merupakan anugerah atau pemberian-Nya semata2. Yg bahawasanya kita tidak mampu membuat apa2 melainkan dgn izin-Nya.

Dan nikmat paling besar yg pernah Allah anugerah kpd kita adalah nikmat Iman dan Islam. Bersyukurlah kita, setiap celik je mata kita, kita masih dapat mengingati-Nya. Tanpa nikmat ini, kita pasti jadi org yang rugi di akhirat kelak. Don’t stop there.  Laluilah setiap detik hidup kita dgn Ihsan iaitu merasa Allah sentiasa ada di hadapan kita dan mohonlah agar Ia tidak meninggalkan kita walau sedetikpun, memberikan kita petunjuk setiap kali kita tersasar dari jalan-Nya.

Wallahualam.

Akal di Ulu

Sunday, first week raya at ‘Akal di Ulu’. K.Na jamu nasi lauk gulai kambing and kerabu jantung pisang campur umbut kelapa and … apa2 lagilah. Pandai makan je. Janji baca bismillah.

Bab jamu perut dah licin. Ni buat jamu mata aje.

Sampai 2 tandan pisang abu dibawak balik. Bagi jiran2.. Masih ada lebih. K.Na suruh buat kerepek pisang. “Hai hati.. cepat2lah sampai seru. Jgn pisang jadi lembik nanti.”

Hah, yg ni nak buat ape? K.Na kata elok buat jem. Hmm! Jem kat rumah ni kureng jln sikit. Buat inti utk tat nenas?!! Malas.. org buat kuih sblm raya. Ha.. buat pajeri. Nantilah! KIV dulu.


Next Page »